LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – KEMPEN INTERNET SELAMAT

Laporan Aktiviti | October 21, 2025
Tarikh  15 Oktober 2025
Masa  Jam 9.00 am – 11.00 am
Tempat  NADI Kota Kinabatangan
Peserta  50 Orang 
Tujuan 
Kempen Internet Selamat ialah satu inisiatif yang bertujuan untuk mendidik masyarakat, terutamanya kanak-kanak, remaja, ibu bapa, dan guru, tentang penggunaan internet secara selamat, beretika, dan bertanggungjawab.
 
🎯 Objektif Kempen
Meningkatkan kesedaran tentang bahaya di internet seperti penipuan siber, buli siber, pencurian identiti, dan kandungan tidak sesuai.
Mendidik pengguna tentang langkah-langkah keselamatan semasa melayari internet.
Menggalakkan etika digital, seperti menghormati privasi orang lain dan tidak menyebarkan maklumat palsu.
Melindungi golongan rentan seperti kanak-kanak dan remaja daripada eksploitasi dalam talian.
 
 
Aktiviti
Antara pengisian menarik di reruai pameran NADI termasuk:
 
Saringan Kesihatan
Memberi peluang kepada pengunjung untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah dan tahap gula. Langkah ini penting dalam meningkatkan kesedaran awal mengenai penjagaan kesihatan diri.
Daftar Ahli NADI
Pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli NADI dan mendapat akses kepada pelbagai aktiviti serta kemudahan yang disediakan di bawah program NADI di Kinabatangan.
Kuiz Digital 
Aktiviti interaktif berbentuk kuiz atas talian berunsurkan keselamatan dalam talian, bertujuan mencungkil ilmu sambil menceriakan suasana pameran dengan cabaran mesra dan hadiah saguhati.
 
 
 
Gambar di sini