LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025 – PAMERAN NADI KLUSTER KINABATANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM

Laporan Aktiviti | September 11, 2025
Tarikh  5 Sept 2025
Masa  Jam 8.00 am – 12.00 pm
Tempat  NADI Kota Kinabatangan
Peserta  200 Orang 
Tujuan 
Sempena sambutan Hari Kebesaran Islam anjuran KEMAS Daerah Kinabatangan, NADI Kluster Kinabatangan turut berpeluang menyertai acara berkenaan dengan membuka pameran khas yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Penyertaan NADI dalam pameran ini bertujuan memperkukuh peranan pusat komuniti sebagai agen pembangunan sosial, pendidikan, serta kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
 
 
Aktiviti
Antara pengisian menarik di reruai pameran NADI termasuk:
Saringan Kesihatan
Memberi peluang kepada pengunjung untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah dan tahap gula. Langkah ini penting dalam meningkatkan kesedaran awal mengenai penjagaan kesihatan diri.
Daftar Ahli NADI
Pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli NADI dan mendapat akses kepada pelbagai aktiviti serta kemudahan yang disediakan di bawah program NADI di Kinabatangan.
Kuiz Digital Islamik
Aktiviti interaktif berbentuk kuiz atas talian berunsurkan pengetahuan Islam, bertujuan mencungkil ilmu sambil menceriakan suasana pameran dengan cabaran mesra dan hadiah saguhati.
Mydigital ID
Penerangan dan pendaftaran berkaitan Mydigital ID turut diadakan untuk membantu masyarakat memahami kepentingan identiti digital dalam urusan perkhidmatan kerajaan dan kehidupan seharian.
Kehadiran pameran ini telah mendapat sambutan positif daripada para pengunjung, khususnya masyarakat setempat yang mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat, khidmat, serta bimbingan secara langsung daripada pasukan NADI.
Penganjuran ini bukan sahaja meraikan semangat ukhuwah sempena hari kebesaran Islam, malah turut menyemarakkan usaha membina komuniti berilmu, sihat, dan celik digital di Kinabatangan.
 
Gambar di sini