Latar belakang
Puan Rosnah menjalankan perniagaan secara kecilan sejak setahun yang lalu. Beliau kini menyewa premis untuk menjalankan perniagaan penjagaan kecantikan dan menjual barang kosmetik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di Pi Pekan Kinabatangan, beliau kini boleh mempromosikan perniagaannya menerusi platform terbaru Pi iaitu dashboard komuniti My Shop. Beliau boleh mempromosikan perniagaannya secara terus kepada komuniti Pi yang berdekatan. Pendapatan kasar beliau kini mencecah RM3000. Sebelum ini, beliau telah menggunakan media sosial facebook untuk tujuan promosi.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Membantu mempromosikan produk melalui dashboard komuniti myshop
– Kelas fotografi dan suntingan imej
– Kelas pengurusan asas perakaunan





